profile

Hi, I’m a creator

Sisi Gelap Penjimatan

Published over 3 years ago • 3 min read

"Ni duit belanja bulan ni, ada lebih jangan lupa simpan" pesan Papa John kepada anaknya.

"Adik-adik yang baru graduate, dapat gaji jangan boros. Belajar untuk berjimat cermat" pesan Amir, seorang Financial Planner di Twitter.

Hakikatnya, semua orang tak dapat lari dari nasihat berjimat.

Tips-tips kewangan pun banyak cerita pasal berjimat.

Tapi hari ni saya taknak cerita pasal kebaikan berjimat.

Saya nak cerita pasal sisi gelap penjimatan yang mungkin orang tak perasan.

Saya nak cerita macam mana berjimat cermat boleh menghancurkan ekonomi sebuah negara.

"Seriuslah bro, berjimat ni kan benda baik. Apahal hancur ekonomi negara pula? Ajaran sesat apa pula kau bawak ni. Baik ko cerita sebelum aku unsubscribe"

Tenang bro dan sis sekalian.

Benda ni sebenarnya kalau awak pernah belajar pasal ekonomi mungkin awak dah tahu tapi saya tetap nak cerita jugak, anggaplah ulangkaji untuk sesiapa yang dah tahu.

Ok, berjimat ni sebenarnya memang benda yang baik untuk individu.

Tapi, cuba bayangkan apa akan jadi kalau semua orang memilih untuk berjimat :

1. Semua orang memilih untuk berjimat cermat dan kurangkan perbelanjaan.

2. Bisnes dan syarikat tak dapat buat untung, sebab kurang orang nak beli barang. Yelah, semua orang nak berjimat.

3. Bila bisnes dan syarikat tak dapat buat untung, mereka terpaksa tutup bisnes atau buang pekerja sebab tak mampu nak bayar gaji.

4. Pengangguran akan berleluasa.

5. Kemelesetan ekonomi akan berlaku.

Inilah dia sisi gelap penjimatan, walaupun berjimat ni secara dasarnya nampak baik tapi tetap ada buruk disebaliknya.

"Oh jadi, berjimat ni benda tak baiklah kan? Apa lagi, jom kita shopping bagai tiada hari esok!"

Eh eh sabar-sabar, korang bab-bab shopping laju kan.

Tujuan saya buka topik ni sebenarnya sebab saya nak kongsi pasal 3 benda ni:

1. Ekonomi ni satu topik kompleks.

Ironinya, benda yang baik macam berjimat pun boleh jadi sesuatu yang membawa keburukan kepada ekonomi dalam skala besar.

Sebab tu masalah-masalah yang melibatkan ekonomi ni sebenarnya tak ada jalan penyelesaian yang mudah.

Selesaikan masalah A, masalah B pula timbul. Selesaikan masalah B, masalah C pula timbul.

Saya bagi contoh lain:

Let say kerajaan mengehadkan gaji minimum RM4000 (nampak beno mustahilnya)

Dari sudut pandangan graduan dan pekerja akan nampak benda tu baguslah kan.

Tapi di pihak majikan, makin tinggi gaji minimum, makin banyak kos yang perlu dia keluarkan.

Jadi, kemungkinan besar banyak syarikat akan kurangkan bilangan pekerja yang mereka nak ambil.

Apa akan jadi selepas itu?

Ya, kadar pengangguran kemungkinan besar akan meningkat.

2. Jangan timbulkan panik dan sebarkan ketakutan bila dengar berita ura-ura kemelesetan ekonomi akan berlaku.

Kenapa jangan timbulkan panik?

Sebab ketakutan terhadap kemelesetan ekonomi ni boleh menjadi sesuatu yang self-fulfilling.

1. Semua individu bimbang terhadap kemelesetan ekonomi

2. Semua individu mengambil keputusan untuk jimat lebih banyak wang dan mengurangkan perbelanjaan.

3. Kurang perbelanjaan bermakna syarikat/bisnes kemungkinan besar tak dapat buat untung.

4. Syarikat/bisnes akan tutup atau buang pekerja dan mengakibat pengangguran berleluasa.

5. Kemelesetan ekonomi betul-betul berlaku.

Sebab tu bila dengar ada ura-ura kemelesetan ekonomi akan berlaku, jangan panik dan sebarkan ketakutan lebih-lebih.

Nak cemas sila cemas sorang-sorang, tak perlu timbulkan panik dan sebarkan ketakutan sebab benda tu tak membawa kebaikan pun malahan menjadikan keadaan makin teruk

Belajar untuk bertenang sambil layan video kucing kat Instagram.

Sebab kemelesetan ekonomi ni sebenarnya satu kitaran normal dalam ekonomi tapi saya taknaklah terangkan pasal tu, karang jadi buku teks pula newsletter ni.

Dari pihak kita, kita cuba belajar bertenang.

Dari pihak kerajaan, merekalah yang kena mainkan peranan untuk menyuntik dana bantuan untuk memulihkan ekonomi negara.

Contohnya waktu awal PKP, kan ada dapat bantuan BPN tu.

Itulah cara kerajaan nak galakkan rakyat berbelanja, supaya kitaran ekonomi negara boleh berlangsung sihat dan bisnes-bisnes boleh tetap bertahan.

3. Bersederhanalah dalam berjimat dan bantulah bisnes tempatan

Ya, memang tak salah pun untuk individu berjimat.

Tapi pada pendapat saya, seperti mana berbelanja, berjimat pun sebenarnya kita perlu bersederhana.

Kalau rasa-rasa ada duit lebih dalam sebulan tu, apa kata letak tepi sejumlah bajet untuk sokong bisnes tempatan atau bisnes kecil-kecilan.

Anggaplah itu cara kita bersedekah secara tak langsung, kan dapat pahala tu.

Jangan kerana kita nak berjimat, kita menjadi insan yang kedekut pula, ada beza tu. (Nasihat untuk diri juga)

Tapi ingat, utamakan keperluan diri sendiri dulu.

Nak bayar makan, minum, sewa rumah, duit minyak, (takaful hehe) semua tu perlukan duit.

Kita pun kena realistik dengan kemampuan diri juga.

Sebelum bantu orang lain, kita kena bantu diri kita dulu.

Jangan diri sendiri yang boros lepas tu jadikan nak sokong bisnes tempatan sebagai alasan pula.


Sekian sahaja topik hari ini, saya harap awak dapat belajar sesuatu dari emel hari ni.

Sorry kalau tajuk acah gempak tapi isinya tak menarik.

Tapi apapun saya harap awak boleh kongsikan pandangan awak tentang topik hari ni, kot saya ada cakap benda salah bolehlah tegur juga.

Terima kasih kerana sudi baca :)

Yang Benar,

AzamPro

(Ejen Takaful & Cikgu Gitar)

Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

T o Topik kewangan ni sebenarnya satu topik yang sering menimbulkan kontroversi. Sebabnya ialah topik ini bukan satu topik yang ada jawapan khusus. Topik ini agak subjektif, di mana setiap orang biasanya ada pendekatan dan pendirian masing-masing. Walaupun topik ni subjektif, tak bermaksud kita boleh sesuka hati je buat kefahaman sendiri. Pada saya, sebelum kita nak bincang topik kewangan secara mendalam, kita kena perhatikan dulu mentaliti masyarakat kita terhadap kewangan. Sepanjang...

over 3 years ago • 2 min read

Baru-baru ni saya ada tengok dokumentari "The Social Dilemma" kat Netflix. Dan ada satu quote dalam movie ni yang menarik minat saya. "If you're not paying for the product, then you're the product" Perasan tak zaman sekarang ni media sosial ni dah jadi satu ketagihan? Dalam dokumentari tu dia terangkan sedikit sebanyak kenapa media sosial yang kita guna tu dibuat untuk menjadikan kita ketagih. Antara sebabnya ialah mereka nak kita "hook" di skrin, jadi mereka boleh bagi lebih banyak iklan...

over 3 years ago • 3 min read
Share this post