profile

Hi, I’m a creator

Mentaliti Kewangan Yang Berbahaya

Published over 3 years ago • 2 min read

T

o

Topik kewangan ni sebenarnya satu topik yang sering menimbulkan kontroversi.


Sebabnya ialah topik ini bukan satu topik yang ada jawapan khusus.


Topik ini agak subjektif, di mana setiap orang biasanya ada pendekatan dan pendirian masing-masing.


Walaupun topik ni subjektif, tak bermaksud kita boleh sesuka hati je buat kefahaman sendiri.


Pada saya, sebelum kita nak bincang topik kewangan secara mendalam, kita kena perhatikan dulu mentaliti masyarakat kita terhadap kewangan.


Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa mentaliti masyarakat kita terhadap kewangan yang agak berbahaya jika diamalkan. Hari ni saya nak kongsi dua dulu.



  1. Mentaliti "Duit aku, duit aku, duit kau, duit kau. Orang lain takde hak nak sibuk dengan apa yang aku nak buat dengan duit aku."


Dari satu sudut, mungkin nampak ada betulnya. Siapa je suka orang lain sibuk dalam hal peribadi kita.


Tapi dari satu sudut lain, mentaliti ini ada sisi buruknya juga.


Kalau takde siapa-siapa nak berikan teguran pasal kewangan kita, macam mana kita nak tahu apa yang kita buat tu salah?


Ok mungkin tak berapa jelas, saya bagi awak satu analogi :


Awak ialah seorang doktor.

Sepanjang awak membuat rawatan, awak tahu ramai yang jatuh sakit akibat hisap rokok.

Tapi adik awak sendiri pun seorang perokok tegar.

Jadi apa tindakan awak?


Saya percaya jika awak ada keberanian, awak akan cuba tegur tabiat merokok dia, ajak dia supaya berhenti merokok.

Sebab awak tahu merokok ni boleh membawa mudarat kepada dia.


So apa kena mengena dengan kewangan?


Benda ni sebenarnya boleh apply dalam kewangan juga. Contohnya awak nampak kawan awak asyik berbelanja sakan, tapi hujung bulan je selalu complain takde duit.


Kita sebenarnya boleh tegur atau bimbing dia untuk menguruskan kewangan. Tapi of course, siapa je suka ditegur, tambah-tambah dalam bab kewangan. Silap cara mungkin dilabel "busybody" pula.


Jadi mungkin boleh slow-slow bagi hint kat dia, share link pasal talk kewangan ke, ajak dia pergi kursus pengurusan kewangan ke.


Kadang-kadang kita ego nak belajar pasal kewangan sebab kita rasa kita boleh urus sendiri.


Tapi percayalah cakap saya, kadangkala kita perlukan mata ketiga untuk nilai prestasi kewangan kita. (Sebenarnya benda ni sama je dalam semua bnda, kita perlukan mentor atau guru untuk pantau/nilai kita, terutamanya dalam bisnes).


Jadi kalau awak rasa awak ada masalah kewangan, belajarlah untuk rendahkan ego dan mohonlah pertolongan.


Kalau awak ada masalah kewangan yang kronik mungkin boleh minta bantuan AKPK. Kalau ada bajet lebih mungkin boleh cari Financial Planner yang berlesen untuk buat consultation.



  1. Mentaliti "Saya student lagi, buat apa nak belajar pasal pengurusan kewangan? Kerja nanti ah baru belajar"


Sebenarnya ini ialah mentaliti yang salah. Sepatutnya dari bangku sekolah lagi kita perlu diajar menguruskan kewangan.


Selagi kita boleh dapat duit, tak kisah duit daripada ibu bapa, tajaan JPA, ataupun PTPTN, itu tetap duit. Jadi kita tetap perlu belajar menguruskannya.


Kenapa mentaliti ini berbahaya? Ok, dia macam ni. Kita kena faham dulu yang pengurusan kewangan ni bukan magik. Yang bila belajar, poof terus pandai. Benda ni sebenarnya lebih kepada memupuk kesedaran dan tabiat.


Kalau waktu student pun kita dah ada kesedaran dan tabiat kewangan yang baik, bila dah kerja nanti lagi senanglah kita nak teruskan.


Kalau waktu student kita tak pupuk ilmu pengurusan kewangan, takut masa kerja nanti kita akan "culture shock" dapat duit banyak-banyak lalu berbelanja self reward bagai tiada hari esok.


Pengurusan kewangan paling simple untuk student ni sebenarnya ialah belajar biasakan diri buat bajet bulanan dan pantau cashflow awak.


Berapa duit masuk dan keluar setiap hari. Jadikan benda ni sebagai tabiat dulu, jadi awak boleh tengok duit awak banyak habis dekat mana.


Ok so far ini dua mentaliti yang saya perasanlah. Kalau ada lagi nanti, saya akan cerita lagi dalam emel akan datang.



Oh by the way, saya nak promote sikitlah program yang agensi saya buat ni, yang bertajuk :






pik kewangan ni antara topik yang selalu menimbulkan kontroversi dan pergaduhan.

Sebabnya ialah topik ini tiada jawapan yang kukuh.

w

Babe



ik

Topi

Klise

1. Duit aku duit aku, duit ko Duit ko. jangan sibuk pasal duit orang lain.

Ok mentaliti ni dari sudut pandang mungkin betul. Tapi cuba kita lihat dari sudut pandang lain. Orang akan terpengaruh melihat self reward ni sebagai sesuatu yang



















3

Sebenarnya saya agak triggered dengan satu tweet ni, ayatnya berbunyi begini.

Ini menunjukkan kesedaran rakyat malaysia tentang takaful belum meluas lagi. Apa yang mengecewakan saya ialah dia merupakan seorang akaun yang selalu bercakap pasal bersara muda tapi takaful/insurans peribadi pun takde, mengharapkan pada syarikat semata-mata.

Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

Baru-baru ni saya ada tengok dokumentari "The Social Dilemma" kat Netflix. Dan ada satu quote dalam movie ni yang menarik minat saya. "If you're not paying for the product, then you're the product" Perasan tak zaman sekarang ni media sosial ni dah jadi satu ketagihan? Dalam dokumentari tu dia terangkan sedikit sebanyak kenapa media sosial yang kita guna tu dibuat untuk menjadikan kita ketagih. Antara sebabnya ialah mereka nak kita "hook" di skrin, jadi mereka boleh bagi lebih banyak iklan...

over 3 years ago • 3 min read

"Ni duit belanja bulan ni, ada lebih jangan lupa simpan" pesan Papa John kepada anaknya. "Adik-adik yang baru graduate, dapat gaji jangan boros. Belajar untuk berjimat cermat" pesan Amir, seorang Financial Planner di Twitter. Hakikatnya, semua orang tak dapat lari dari nasihat berjimat. Tips-tips kewangan pun banyak cerita pasal berjimat. Tapi hari ni saya taknak cerita pasal kebaikan berjimat. Saya nak cerita pasal sisi gelap penjimatan yang mungkin orang tak perasan. Saya nak cerita macam...

over 3 years ago • 3 min read
Share this post