profile

Hi, I’m a creator

Percuma Itu Hanya Satu Ilusi

Published over 3 years ago • 3 min read

Baru-baru ni saya ada tengok dokumentari "The Social Dilemma" kat Netflix.

Dan ada satu quote dalam movie ni yang menarik minat saya.

"If you're not paying for the product, then you're the product"

Perasan tak zaman sekarang ni media sosial ni dah jadi satu ketagihan?

Dalam dokumentari tu dia terangkan sedikit sebanyak kenapa media sosial yang kita guna tu dibuat untuk menjadikan kita ketagih.

Antara sebabnya ialah mereka nak kita "hook" di skrin, jadi mereka boleh bagi lebih banyak iklan pada kita.

Media sosial ni nampak percuma, tapi sebenarnya dibayar oleh para pengiklan.

Kitalah produk kepada pengiklan-pengiklan tu sebab mereka membayar media sosial untuk mendapatkan perhatian kita.

Dan jika iklan itu menyentuh minat kita, kita akan membeli produk atau servis yang mereka tawarkan.

Ok, saya bukan nak kupas pasal dokumentari tu, tapi saya nak bagitahu kat awak yang sebenarnya dalam dunia ni, percuma ni kadang-kadang ilusi je.

Percuma tapi hakikatnya tidak percuma.

Ramai orang melihat percuma ni dari sudut "tak payah bayar duit" je.

Hakikatnya percuma ni ada harganya tersendiri yang dibayar bukan dengan duit.

Benda yang kita rasa percuma tu kadang-kadang kita bayar melalui tiga cara, iaitu :

BAYAR DENGAN MASA

"You either pay with money or with time" (tak pasti siapa punya quote)

Contohnya kita boleh je untuk buat website sendiri tanpa perlu mengupah web designer.

Boleh belajar kat youtube je, percuma.

Tapi sebenarnya kita terpaksa meluangkan masa untuk belajar buat website sendiri.

Kita boleh pilih untuk jalan kaki dari satu destinasi ke destinasi tanpa perlu kenderaan.

Jalan kaki kan percuma.

Tapi kita mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk sampai kalau dibandingkan dengan naik kenderaan.

Kadangkala benda yang kita nampak macam percuma tu hakikatnya kita bayar dengan masa yang kita luangkan.

BAYAR DENGAN PERHATIAN

Perasan tak kalau kat media sosial terutamanya twitter biasanya ada orang yang buat perkongsian ilmu percuma pasal bisnes, marketing, dan macam-macam lagi.

Siapa je tak suka dapat ilmu percuma kan.

Tapi kenapa mereka baik sangat nak berkongsi ilmu secara percuma?

Adakah semata-mata mencari redha Tuhan?

Boleh jadi.

Tapi jom kita tengok dari perspektif bisnes.

Sebenarnya orang yang beri perkongsian percuma dekat media sosial ni biasanya sebab mereka nak perhatian.

Bukan sebab mereka gilakan perhatian ataupun batak populariti.

Tapi sebab mereka perlukan audiens.

Ok, benda ni kena sembang dalam konteks baru jelas.

Contoh, saya nak buat kelas mengajar gitar.

Saya ada banyak ilmu pasal teori muzik dan tips main gitar dengan betul.

Tapi saya ada dua masalah terbesar iaitu :

1. Orang tak kenal saya sebagai cikgu gitar

2. Orang tak tau betapa bagusnya saya mengajar.

Macam mana saya nak selesaikan dua masalah ni?

Ya, salah satu caranya adalah dengan memberikan perkongsian ilmu percuma di media sosial.

Orang lebih mudah tertarik dengan posting perkongsian ilmu percuma berbanding posting jual kelas semata-mata.

Melalui perkongsian ilmu percuma tu, saya boleh membina kepercayaan dan branding. Dari situ saya boleh buktikan pada semua orang yang saya pandai mengajar dan banyak ilmu gitar.

Jadi, apabila orang mulai suka dengan apa yang saya kongsikan dan percaya saya boleh mengajar dengan baik, mudah untuk saya promote kelas gitar saya sebab orang dah tahu saya memang terbukti boleh mengajar dan banyak ilmu gitar.

Ingat, dalam bisnes kita sentiasa perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian bakal pelanggan kita.

Cari jalan supaya mereka boleh membayar kita dengan perhatian dahulu, sebelum mereka boleh membayar kita dengan duit sebenar.

Bunyi macam manipulative kan, tapi kalau perasan itulah strategi kebanyakan bisnes zaman sekarang.

P/S : Youtuber pun kadang-kadang guna taktik ni, dia kongsi tutorial free dan pada masa yang sama dia akan upsell atau jual course/ produk/merchandise di description untuk pendapatan sampingan.

BAYAR DENGAN DATABASE (tak tau betul ke tak istilah database ni)

Yang ni mungkin ada yang familiar, mungkin ada yang tak.

Contohnya kita tengok ada iklan dekat FB yang nak bagi ebook percuma mengenai copywriting dan dia minta emel kita untuk hantar ebook tersebut.

Sebenarnya apa yang mereka tengah buat ialah mereka tengah kumpul database bakal pelanggan mereka menggunakan emel.

Supaya mereka boleh upsell ataupun follow-up awak dengan produk baru mereka melalui emel yang awak berikan.

Contoh terdekat yang saya boleh fikir ialah program Cakna Kewangan Summit (boleh search di FB)

Program dia dah habis pun, tapi masih lagi dapat emel promosi pasal kelas/bonus yang dia tawarkan.

Benda ni pun saya apply untuk newsletter ni.

Hakikatnya awak dah bagi satu benda berharga kat saya, iaitu emel awak.

Itulah database.

Nampak macam baik kan, saya nak buat perkongsian percuma, hehehe sebenarnya saya pun ada agenda peribadi juga.

Melalui newsletter ni sebenarnya saya boleh kumpul audiens dan buat research.

Topik apa yang orang suka, apa yang orang nak tahu berdasarkan cadangan-cadangan yang awak berikan (dan melalui open rate setiap topik).

Tapi sebenarnya kita win-win.

Awak mungkin boleh dapat ilmu baru atau revise ilmu lama.

Dan saya boleh buat research daripada awak sebagai audiens.

(Dan kalau apa yang saya kongsi tu bermanfaat, mungkin adalah juga saham akhirat saya, amin)


Ok, jadi apa pengajaran daripada topik ni?

Meh sini saya simpulkan.

1. "You either pay with money or with time" . Jadi kalau bisnes awak dah maju, dah tak menang tangan nak uruskan seorang diri, jangan kedekut untuk outsource atau upah pekerja sebab awak bakal ketinggalan dek masa yang awak korbankan untuk kejar semua benda seorang diri.

2. Walaupun ramai orang tahu benda percuma ni selalunya marketing, tapi takde sape pun nak marah ataupun rasa dimanipulasi.

Sebabnya manusia ni memang suka benda percuma.

So kalau awak baru nak mulakan bisnes, taktik bagi perkongsian ilmu percuma atau produk percuma ni sangatlah berkesan untuk awak tarik dan bina audiens, bina branding dan kredibiliti awak.

Sekian, itu sahaja perkongsian hari ini.

Terima kasih sebab sudi baca, saya sangat hargai masa yang awak berikan.

Saya harap topik hari ini sedikit sebanyak bermanfaat kepada awak.

Saya amat mengalu-alukan sebarang reply jika awak ada pendapat ataupun belajar sesuatu dari topik hari ini.

Jumpa lagi emel akan datang :)

Yang Benar,

AzamPro

( Ejen Takaful & Cikgu Gitar)

Hi, I’m a creator

Read more from Hi, I’m a creator

T o Topik kewangan ni sebenarnya satu topik yang sering menimbulkan kontroversi. Sebabnya ialah topik ini bukan satu topik yang ada jawapan khusus. Topik ini agak subjektif, di mana setiap orang biasanya ada pendekatan dan pendirian masing-masing. Walaupun topik ni subjektif, tak bermaksud kita boleh sesuka hati je buat kefahaman sendiri. Pada saya, sebelum kita nak bincang topik kewangan secara mendalam, kita kena perhatikan dulu mentaliti masyarakat kita terhadap kewangan. Sepanjang...

over 3 years ago • 2 min read

"Ni duit belanja bulan ni, ada lebih jangan lupa simpan" pesan Papa John kepada anaknya. "Adik-adik yang baru graduate, dapat gaji jangan boros. Belajar untuk berjimat cermat" pesan Amir, seorang Financial Planner di Twitter. Hakikatnya, semua orang tak dapat lari dari nasihat berjimat. Tips-tips kewangan pun banyak cerita pasal berjimat. Tapi hari ni saya taknak cerita pasal kebaikan berjimat. Saya nak cerita pasal sisi gelap penjimatan yang mungkin orang tak perasan. Saya nak cerita macam...

over 3 years ago • 3 min read
Share this post